Sabtu, 27 Oktober 2007

Kehidupan aku di dunia malang

Semalam saya menerima email dari salah seorang subscriber maskahwin.com yang menceritakan tentang nasib kakak beliau yang baru sahaja kehilangan pacar. Pacar kakak beliau itu masih muda.. baru berumur 16 tahun. Tegap & sihat.. tetapi, tiba-tiba sahaja meninggal dunia akibat hepatitis B. Sememangnya ajal & maut itu di tangan tuhan.. tiada siapa yang dapat meramal kedatangannya….

Kakak beliau itu, mempunyai 6 orang anak. Selama ini, hanya pacar sahajalah yang bekerja, mankala, kaka beliau itu tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Sudah tentunya, selama ini, hanya si suami lah tempat mereka sekeluarga bergantung dan mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara hidup mereka sekeluarga.

Tetapi kini… tiba-tiba semuanya berubah dalam sekelip mata. Si suami, meningalkan isteri dan anak-anak buat selama-lamanya tanpa “sempat mengucapkan selamat tinggal” dan meninggalkan apa-apa bekalan untuk si isteri & anak-anak meneruskan hidup mereka..

Cuba anda bayangkan…. anda berada di tempat si ibu tadi..

Tidak bekerja…. ada 6 orang anak.. dan baru sahaja kehilangan suami yang merupakan satu-satunya punca pendapatan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga…

Mana nak cari duit bayar hutang kereta? hutang rumah? duit sekolah anak-anak? makan-minum anak-anak? pakaian? lagi-lagi dah nak dekat raya nie…. oh!.. memang sesuatu yang menyedihkan..

Kepada golongan-golongan suami… jangan biarkan perkara ini terjadi kepada isteri & anak-anak anda..

Kepada golongan-golongan isteri pula.. sila ingatkan suami anda agar tidak meninggalkan anda dalam keadaan yang terkontang-kanting seperti ibu malang di atas..

Apa yang boleh anda lakukan, paksa mereka dapatkan polisi insuran/takaful sekarang juga! (jika mereka masih tidak mempunyai sebarang polisi insuran lagi)… buat masa ini, itulah salah satu kaedah yang terbaik untuk menghalang “nasib malang” tersebut menimpa diri anda. Tetapi.. kalau suami anda masih berdegil juga dan tidak mahu mendapatkan polisi insurans.. takde masalah beb! (sambil tangan menunjuk simbol peace)… anda boleh sahaja dapatkan polisi insuran dan meletakkan nama suami anda sebagai “pihak yang diinsurankan”.. dengan cara ini, jika sesuatu perkara buruk berlaku kepada suami anda.. kompem beb! (sambil tangan menunjukkan simbol OK) anda akan mendapat duit pampasan itu 100% .. tak perlu nak faraid-faraid (untuk penerangan lebih lanjut bagaimana anda boleh memperolehi 100% wang pampasan insuran suami anda.. sila hubungi agen insuran bertauliah berhampiran anda)

Alangkah bersyukurnya.. jika si suami tadi meninggalkan sedikit bekalan kewangan yang bernilai RM100,000 ( hasil pampasan dari polisi insuran). Tidaklah hidup si isteri tadi amat tertekan. Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan sedikit ruang untuk si isteri & anak-anak mengatur hidup mereka dan menampung perbelanjaan hidup mereka buat sementara waktu. Sebelum si isteri tadi dapat mencari pekerjaan & sumber pendapatan yang baru untuk menyara keluarga mereka.

Baiklah.. itu cerita kalau si suami tadi belum meninggal dunia.. tetapi dalam kisah akak diatas. Si suami telah meninggal dunia, tiada sebarang polisi insuran, tiada harta & wang simpanan, isteri tidak bekerja dan terpaksa menangung 6 orang anak yang masih lagi kecil dan bersekolah.. ditambah lagi.. anakyang paling kecil berusia 2 tahun dan masih menyusu badan (apabila menyusu badan.. ia bermakna.. si bayi tidak boleh berenggang dengan si ibu lebih dari 3-4 jam)

Secara jujurnya, saya memang tiada idea & cadangan untuk diberikan kepada si kakak tersebut.. saya tidak tahu bagaimana situasi beliau yang sebenar, saya tidak tahu apa keupayaan beliau, saya tidak tahu apa kemahiran yang beliau miliki dan saya juga tidak tahu bagaimana persekitaran serta orang-oraang di sekeliling beliau.

Jadi.. saya minta maaf kepada pengirim email tersebut kerana tidak dapat membalas email beliau. Mungkin pembaca-pembaca blog ini dapat memberikan sedikit cadangan @ nasihat @ pendapat kepada si ibu malang tersebut…

Kemudian.. akan saya khabarkan kepada si adik tadi untuk membaca cadangan-cadangan anda semua terhadap kakak beliau di blog ini..

P/s:- saya wujudkan satu kategori baru untuk blog ini dan menamakan iasebagai “khidmat layanan masyarakat”..

Tidak ada komentar: